Pages

Thursday, November 26, 2015

Kebaikan Roaccutane, Pearl White & Desi Damayanti Skincare.

Apa kebaikan roaccutane, pearl white & desi damayanti? Pengalaman yang mmg takkan boleh lupa sampai bila bila dalam hidup kaknaa. Allahuakhbar dugaan bertalu talu datang, lepas habis je study terus teruk sangat muka naik jerawat yang mula mula sikit makin lama makin menjadi dekat pulak date nak bertunang pada 8/2/2015 bayangkan masatu betapa down nya diri ni. Hari demi hari nekad & sabar. Now my suffering journey is over. Dalam 8 bulan mengharungi dengan benda ni akhirnya kaknaa bebas dari semua ni. Kaknaa kaji semua bahan dalam roaccutane, kaknaa google sebelum take a risk untuk makan ubat ni semuanya kaknaa buat. Sama jugak macam pearl white hari hari saya search kebaikan & manfaat minuman kesihatan ni, begitu juga dengan tabita skincare atau desi damayanti skincare yang rata-rata dikatakan punyai kandungan merkuri yg tinggi. Selepas dah selidik selidik semua tu and kaknaa nekad untuk cuba, ikut lah pendapat umum mengatakan apa sekali pun yang penting kita selesa & pastikan yang original. Kaknaa review sikit gambar gambar kaknaa. Hihi



Perubahan demi perubahan.


Pearl White (kaknaa akan review soon)


Roaccutane 20mg (kaknaa akan review soon)

Desi Damayanti cv Tabita.


Morning face.





#mydiary #mylifediary baca sampai habis.

Hi I just nak share the best photo (my suffering journey) it's about my skin also my healthy. Before this kina ada share dekat instagram (@nrskna) few pasal #roaccutane (maybe certain guna nama #accutane je) "So #roaccutane really works on my skin?  Orrrr another...... ammm? Wish me luck! Here I share about my #roaccutanejourney 7 tablets means 7 days? (140mg) #today #nofilter #reallymeansomething #after2weeks so the side effects? Headache, dry skin, lips, eyes & chin and also got lenguh lenguh ya rabbi, mengantuk makan dadah tu!" - kina punya caption last 35weeks ago. STOP! Nampak tak yang orrr another ..... ammm? Nampak tak? Actually kina try yes try and error je (pearl white jamu jelita from @jamujelita.official ) after makan dadah tu my dry skin getting better & kina stop & kina minum pearl white until now almost 10months jugak laa, alhamdulillah I feel something from pearl white maybe before this kina tak jaga makan, tak selalu makan buah & sayur, masa minum pearl white kina tak take any caffein pun till now. Kina tak pakai any skincare masa tu almost 1 month sbb dah give up sangat 😭😓 stress, taknak jumpa semua orang, dah nak tunang muka naik jerawat. Hmm day by day getting worse 😔 I was stresss. I was fed up. I was sad. My face HURT. I was disappointed that after 8 months of feeling like I’d tried everything to have perfect skin. Just buat facial dekat Aishah Radhiah Beauty & Spa (sakit gilaa & best ever punya facial mmg highly recomended) yes You’re lost, but somehow you do know there has to be a different way that actually WORKS…. Yesss really works on my skinn semua tu!! 😭😭 now my skin 90% clear just tinggal bekas bekas jerawat yang hmmm maybe tomorrow jela hilang. Now my daily routine is pagi & malam mesti minum pearl white also Desi Damayanti Skincare ( almost 8months dah kina guna) alhamdulillah. Here my #roaccutanejourney #pearwhitejamujelitajourney #desidamayantiskincarejourney #acnejourney #myjourneyend #roaccutanemalaysia (please left your comment, dont give up & keep it up)


Nina Isa

Thursday, February 26, 2015

Bukit Batu Putih vs Gunung Nuang

Hi assalamualaikum, untuk kalini aku nak share pasal hiking aku last week (masa chinese new year 2015) haritu hari sabtu and ahad. Aku pilih untuk pegi ke Bukit Batu Putih but we'all tak camping dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan tapi near area dekat situ lupa nama tempat dia apa sebab exhausted tahap tak boleh nak kawal.

Beza dengan tunang aku dia hike jugak tapi jumaat and sabtu dia pegi Gunung Nuang (aku tak pernah sampai lagi). Insyallah coming sampai lah kut kalau dipanjangkan umur mana lah tahu rasa dia sama macam naik Taman Negara, Bukit Lepoh and Bukit Tabur tapi rasanya lagi kaww (I should try)! Hahaha. Malam tu lepas daripada camping yang awesome tido pandang bintang wahhh seronok sambil kaki main pasir and nyamuk berdesing tengah racing tepi telinga best sangat. Aku naik Bukit Batu Putih ni jam 12 tengahari masa matahari tengah terik ya amatttt. (Balik mmg burnnn)

Okay sedikit info pasal Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni aku boleh share, teletak di daerah Alor Gajah, Melaka (aku pegi melalui Federal Highway dan ambik tol Seremban lepastu terus ke Port Dickson try guna waze jerr). Kemudahan yang disediakan contoh parking, tandas, pondok rehat, infomation board and track jogging lepas tu bagi yang suka mancing and camping pun ada jugak RM3/perhead untuk satu malam and boleh walk in terus buka dari 7 pagi - 6 petang.

Masa aku pegi tu ramai jugak yang bawak famili masuk jalan jalan kaki alaa ada jalan tar (track) macam kat Bukit Bauk, Dungun memang seronok tapi aku nak naik ke Batu Putih tu kene pilih jungle track lah kan. Weh macam orang gila naik atas tu dalam jungle nak hike penuh nafsu perut loya haihyaaa nasib ada kawan yang best :P

Aku share few gambar even aku tahu tak banyak gambar yang dapat membantu tapi tempat ni best sangat, nak pegi panjang dalam 15 minit jer kalau ikut track asal (lalu jalan tar around 1 hour- 1 1/12 hour) then ikut jungle (cross) around 15 minit.

P/s : seronoknyaaaa tidoq kat hammock naa :)

 





Aku selitkan lah jugak few gambar tunang aku, takpela beza tempat but my wishlist too nak pegi Gunung Nuang! Now, tengah struggle nak hilangkan burn kat muka. Insyallah updated soon :)




I love you bb :)!

Nina Isa

Thursday, February 12, 2015

Al-fatihah buat TGNA!

Alfatihah TGNA !

Pergimu tiada siapa yang tahu, moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

"Ahli langit bergembira dengan kepulangannya,
Ahli bumi berduka dengan pemergiaannya." - twitter




 




Apa yang trending dekat twitter harini, hari jumaat yang indah tapi penuh dengan kesayuan cuma doa yang dapat dikirimkan untuk orang yang sangat dikagumi, moga ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.


Nina Isa

Sunday, February 8, 2015

What! Kina dah tunang!!


I'm someone yang dah tunang, I can't believe but ini semua takdir darimu ya Allah aku bahagia dengan ketetapan yang kau beri. Tahun ke lima hubungan aku dan dia aku ingat aku bukan bersama dia. Betul ada satu ayat ni aku baca dari buku (alaa lupa tajuk buku tu apa) ayat dia macam ni "engkau bercintalah lama mana, kalau tuhan kata dia bukan jodoh untuk engkau tetaplah bukan! tapi engkau pergilah sejauh mana jika dia adalah jodoh untuk engkau ia pasti datang" Allahu, betul!

Allahuakhbar, alhamdulillah yang baik itu datang darinya dan segala kelemahan dari diri sendiri. Allahu, ku bersyukur padamu ya Allah. 

"Allahuakhbar, until now 23th January I can't believe I'm with you b. What? Aku panggil kau "b" and we agree and decide nak panggil "b" after one week syg dirisik oleh family you b. Sampai harini I still macam tak percaya tapi I tahu ini semua kehendakNya. Lamaa, sangat lama 4 tahun berkawan dan tahun ni tahun ke 5, bila ingat balik masa mula mula kenal kau cuma text "nina" and aku reply "ye, madi" then kita keep text sebab aku fikir masa tu apa buang tebiat mamat ni text aku ni? (masatu tu guna henphon nokia E71) Gila ke apa? Dah lah berlagak bajet handsome, cieettt!

Rupanya tak laa gila mana, orang yg paling aku takut masa aku dapat tahu satu tempat practical dengan kau & paling aku rasa tak boleh nak selesa satu company yang sama lepastu tak habis habis tanya azzam "weh madi practical sekali ke? aku taknak" (azzam kawan baik dia at the same time kawan baik aku) memang kalau nak cakap pun tak kisah laa tak pandang muka, aku peduli apa kau sape. Rupanya orang yg paling aku sayang. Hebat betul rancangan Allah.

Kerap kali text lepas habis study & aku decide nak continue study dekat Dungun & he's okay and cakap "aku nak kau aku tunggu kau" I thought benda main main and aku tak pernah serious nak fikir hal kawin. (sebab plan nak bertunang umur 28) *lol!!
First date jumpa tengok movie, rasa macam apa benda lah tengok movie lepas keluar movie cakap macam ni "dah aku nak balik bye" (haluan masing masing,semata mata sangat) after movie balik tak ada singgah mana mana dah sebab rasa benda tu sangat pelik & yes keep texting lepas balik tu.

Excited lah sangat nak kenal lebih rapat tapi dua dua ego, tak tahu ego tahap macam mana. Kalau aku yang jenis lantak kau lah nak text ke taknak aku pun busy. Dia apatah lagi tapi tetap rindu. Tapi alaa lantak laa tak text je pun (okay kina biasalah mesti diam punya, takpun reply satu dua lepas 6 jam baru reply atau esok harinya). Ramai yang tahu macam tu lepas tu jenis ada kawan lelaki ramai tapi semua rasa susah nak dekat and sabar and tahan sebab alaa lantak laa nak text text jela taknak sudah. (kina suka busykan diri)
    
Kalau rindu cakap jangan diam, kalau dulu selalu kau babi kau anjing sekarang semua tu berubah sekelip mata kalau dulu aku tak kisah laa kau ada ke tak aku tak peduli walau apa pun sebab lelaki bila bila boleh blaa bila bosan and partner tak keep texting tak caring and rupanya aku silap. Aku selalu cakap tengok lah kalau ada jodoh ada tak ada ramai lagi perempuan lain (Aku repeat setiap kali kita gaduh! biasalah perempuan weh akal pendek)
Tapi kau cakap "aku taknak orang lain aku nak kau, aku tunggu kau". pfftt *selalu jeling dia and cakap so?*

B, you sabar... sabar sangat sangat dengan semuanya sabar dengan karenah dengan perangai lurus bendul marah geram benci cemburu tetiba datang. Sayang harap b sabar sampai akhir hayat & tak berubah.
Susah payah nak jaga hubungan kita, I selalu buat silap I selalu fikir lelaki semuanya sama. Rupanya you tak macam tu and I repeat lagi I harap you tak berubah.
Ini isi hati I yang I tak percaya kita sampai ke tahap sekarang. Tak apalah tak pernah buat benda swee, tak pernag buat suprise tak apa pun tapi b selalu ada bila waktu sayang nak cari gaduh walau b cakap "tahun depan kita tunang" dekat kedai mamak and I'm very happy & masatu I was like "apa mamat ni, yeke ni" okay.

Pertama kali jumpa mak & abah! Yes, masa datang merisik. Tak pernah sayang kenal kan b dengan family. Mungkin kita selesa silent relationship sampai dua dua nervous betul ke kita ni boleh sama kan selalu suka gaduh suka cari pasal je (benda menyakat banyak eh), ramai kawan yang terkejut lagi lagi azzam bila kita dah start lepak kita selalu bajet macam takde pape perasaan & bila ada orang call ke hape ke mesti bila orang tu tanya dengan sape mesti masing masing jawab "hah, dengan kawan" tapi kita tak pernah rasa nak marah ke apa sebab kita selalu yakin sangat dengan jodoh. Tapi hahahah kbye! Kita berdoa kat Allah moga permudahkan semua urusan kita. Yaa, Allah dengar doa kita alhamdulillah sangat sangat. Jauh sekali mak dengan abah nak menolak bila dia tahu and dah kenal semua family b masa merisik *11 Januari 2015 (masa tu kita tak jumpa almost 2weeks). Kita malu, kita tak jumpa selalu, kita selalu gaduh, tapi kita pegang satu "what happens between us, stay between us" itu yg kita pegang bila kita ada problem. Jujur, salah satu sebab kita sampai sekarang. Mungkin ada orang lain yg lagi hebat relationship diaorang sebab rancangan Allah itu hebat. Allah ciptakan setiap orang untuk setiap cerita. Moga Allah jaga hubungan kita sampai ke syurga, dengar doa kita. Percaya walau jauh macam mana walau banyak dugaan yang ada. Jika dia jodoh kita, dia tetap jodoh kita sampai bila bila.

8 Februari 2015, bab nervous and stress sebab pimple! but on my engagement day I'm very lucky and happy lah sangat sangat cause all my family siapkan hantaran kakak ipar yg baik alhamdulillah sangat ada abang yang bagi free shootkan gambar tunang kteorg (cause abang aku photographer). Okay later aku cerita part II yaa.


Mohon doa dari semua :)


Nina Isa

Wednesday, February 4, 2015

Review Boyfirend Jeans from Elena.My

Hi!! okay, rasa macam takde keje sekejap sekarang aku dah boleh always update dekat blog apa apa yang patut lah untuk share to others even ramai je blogger yang hari hari and anytime always update.

Tapi takpe, apa yang kina nak share is about boyfriend jeans yang menjadi kegilaan. Hahh to those yang nak beli tapi tak tahu nak beli kat mana boleh beli dekat elena.my taww, dia jual online and harga pun okay service tip top kaww!! online basis and barang di pos dari Terengganu yaa lepas tu aku beli boyfriend jeans no through instagram tak sure pulak elena.my ni ada facebook ke tidak cause aku sangat jarang on facebook. Hehehe


Meh review sikit!


Parcel sampai taww even take time,
 sebab kina stay Shah Alam & barang dari Terengganu. Hihi




Seluar boyfriend jeans ni jenis highwaist lepas tu ada dua warna satu warna dark blue satu lagi light blue disebabkan kina dah banyak sangat seluar warna dark blue/hitam so kina amik warna light blue pulak and kina amik saiz S dia ada sampai saiz XL, and bukan jenis jeans yang memeri macam kat forever21 tu tapi ni jenis denim punya, selesa and jadi favorite jeans tak pasal pasal. Hihii okay basic bawal plain pulak from shashalista (Johor Bharu) and yang premium satin shawl from mumuscarves (Damansara) okay!! taraaa dekat bawah ni kina share instagram dorang k! muahh

link (instagram je)


Okay done review!! OMG!! 2days left for my engagement day!!

Nina Isa

Wednesday, January 28, 2015

Backpackers to Hatyai - Bangkok by Train

Assalamualaikum harini 29 February 2015, cuma ada 9 days left before my engagement day (8/2/2015) macam mana persiapan kina? Hahaha kina update soon taw!! Allahuakhbar, rasa tak percaya kina this year dah 25 years old, jalan Allah itu sangat indah alhamdulillah.


Tips sikit nahh!!

  • Pastikan passport hidup yaa.
  • Jangan lah banyak baju banyak sangat sebab nanti kesian bahu, hihi.
  • Makanan banyak takpe etc maggi, biskut, roti, air mineral (untuk elak bosan and lapar semasa perjalanan & dekat hostel) jangan jadi mcm kina!! sampai hostel semua dah habis. hahahah
  • Rancang perjalanan awal maksudnya kalau taknak beli or book awal hostel pun xpe atleast dah ada 2-3 options bila sampai sana baru decide which is better taww, kalau kina hentam je redah. Hahaha
  • Duit! please keep your money elok elok okay! Budget kina only RM500 shj.
  • Barang toilet if dekat pakdee semua disediakan, alaa bestnyaa. Hihi (tapi standby utk dlm train).
  • Barang barang mesti simpan baik baik okay!! hehe enjoy your life yayy!!


Okay cerita dia masa 4, 5, 6, and 7 December 2014. Tanpa dirancang tapi cuma wishlist awal 2014 je mmg kina plan nak pergi BKK by train, jalan dipermudahkan olehNya. Okay kina pegi bertiga dengan kawan masa study dulu hehe happy sangat lah kan sebab semuanya perempuan gila tak gembira?

Okay here kina share jadual perjalanan kina dekat sana taww. Jangan tak percaya and if ada yang nak komen atau tanya apa apa jangan segan segan Insyallah dengan rasa senang hati kina balas yaa.

Kina biasanya akan buat notes dekat buku atau pun dekat s memo (dekat my samsung galaxy S3) ini yang dapat kina kongsi untuk yang plan nak ke bangkok by train. Ini kina share dekat twitter so biasanya akan share jugak dengan others backpakers lagi lagi yg macam kina yg 2014 is full of travel. This year 2015, kina nak kene fokus untuk lebihkan kerja. Heheh tapi tak boleh tahan jugak nak jugakk travel tuu mesti hehehe :)!




Harap dapat membantu bagi sesiapa yang nak cuba guna jalan darat, tapi pada kina pengalaman ni tidak akan dapat dilupakan sampai ke akhir hayat kina. Tapi, bagi yang perempuan tu mintak izin dengan ibu ayah sebelum nak cuba ke seberang by train taw. Bila dapat restu baru lah perjalanan tu rasa selesa je takde rasa serba salah. Hihi.

After this jika diizinkanNya kina nak pergi BKK lagi tapi by flight sebab kos dia sebenarnya lebih kurang and jimat masa, tapi macam yang kina cakap ini kan pengalaman your life is your journey my dear cubalah sesuatu. Alhamdulillah family kina tak pernah menghalang lagi lagi mak kina yang selalu kata kemana pun nak pergi pergilah sebab itu pengalaman asal kan bgtau emak & abah.



 Ini masa dekat hatyai pagi baru sampai otw nak sarapan & beli tiket train dulu hokayyy!! hehe


Ini masa dekat depan Hatyai Railways Station. 
Hahaha yang tak henti is "mana? Malaysia?" "mana? Malaysia?



Ini bilik tidur masa dekat BKK ! nama & contact number semua kina dah kasi kat itinerary tu. Hihi kina punya katil bawah tu hah 7-8 tu satu malam cuma RM50 (sebab baru bukak) tapi standard price RM 60 (satu malam) kina pilih hostel budget tak mahal. 




Ini ruang tidur and jangan ceritalah best dia sebab aircond sejuk sangat and selesa jika nak dibandingkan dengan kipas. Masa balik kina amik train tu kipas bukan aircond panas and bising ya rabb!!

 

Excitednyaa nampak banyak pork fried hahaha dalam train :P
Lepas tu semua tak tahu tak faham apa kina cakap, amm k laa :(


Selamat pagi dari dalam train hehehe!! masa ni sejukkkk gilaaa :)


Yayayyyyy!! after sembang sembang nyanyi nyanyi entah hape mandi dalam train best tu finally!! sampaiii kat BKK!!


After sampai tu terus lah ke hostel and siap siap cantik cantik petang tu nak p tengok makanan sebab laparrrr!! Halal food ada, jangan risau okay! mesti kene try air limau dia and just delima fresh!! nyum.. 


Ini dekat Pakdee Backpackers Hostel punya hall, hehe curlasss and friendly taww!!

yang kiri tu Izyan Nany, yang tengah tu Zurain, yang kanan sekali tu yang nak tunang 8/2/2015 ni :P

Ok nak balik dahh masa ni, hehehe! :)

Okay next plan 5,6,7,8 March 2015 nak ke Sabah!! hehe apa khabar kaww!!
Nina Isa

Thursday, January 22, 2015

Insyallah Update Soon

Assalamualaikum, huarghhh rasa lah keterujaan sikit 2015 ni dapat update! Happy New Year semua!! Oh yaa and btw, my last update 29 May 2014 and rasa dah basi nak cerita pasal trip-trip yang aku pegi. But, it's okay aku akan cerita jugak pengalaman aku backpack yang macam 2014 is my travel and my journey and yes 2015 aku dah kene fokus satu perkara yang Allahuakhbar I really unexpected yang aku akan bertunang bulan 2 ni, Insyallah.

Tapi, tu semua tak menghalang aku untuk terus update & travel if before this solo after this he just promise me nak bawak jugak aku pegi Japan, Insyallah.

Okay, It's take time for me nak share few itinerary for the place that I've been. Takpee sabar okay! After this aku akan kerap kerap update all my journey dekat blog and all my love sad beautiful life dekat blog jugak. Before this aku cuma update and share travel journey aku dekat instagram.com/nrskna or dekat twitter aku twitter.com/_nrskna cause selalu share dengan backpakers dekat twt_backpakers tu bestnyaa. Hehehe

Okay, update later! promiseeee :)

Nina Isa

Thursday, May 29, 2014

Perhentian Island


Hi assalamualaikum semua! hehe bila mana bulan ni tak sesibuk bulan-bulan lepas, sebab wedding abang yang super punye kelam kabut kalut tapi adik dia apa nak jadi-jadi lah sempat pergi travel after settle wedding haritu! hehe, nak di jadikan cerita travel kali ni still same island, well perhentian island. Hahahh tapi trip kalini best sikit sebab pergi berdua with schoolmates my pretty girl eyra. Tips kalini mungkin membantu bila mana budak careless ni dah hilang spek minion dia and rabun masa balik. Sedih balik rabun sebab spek minion jatuh masa panjat tangga.

Day 1
- naik bas Rengit from Shah Alam pukul 930 bertolak nak tahu sampai pukul berapa? okay 8 pagi baru sampai, sumpah! asal tido bangun tido bangun tak sampai sampai rupanya bas tu tak ikut arah lipis dia pi ikut arah kemaman hamik kau jauh. Sebab apa? padah beli tiket bas lambat!

-sampai 8 pagi terus pegi amik tiket boat  rm50 pegi & balik dalam pukul 9 pagi (so lucky me sebab murah) then sampai check in chalet, okay listen chalet dah book but check in 3 pm! what the fish, hoi panas tahu kesian my partner lah but careless lagi sekali sebab iols lupa nak amik voucher masa kat darat.....TETT!!

-check in.....blablablablabla mandi, solat then keluar malam jumpa my friend yang memang tengah ada kat sana sebab buat diving license jalan from ombak diver ke long beach (10minit) makan malam tu dekat mohsin sebab ada karoks + buffet (rm25/person) makan sampai kenyang and lepas tu pegi nightlife kejap then balik chalet 10pm.

Day 2
-Pagi tu pegi mana hahh! kincir angin yahooo... finally my wish came true sebab fer (kawan yang buat diving) nak ikut jugak naik kincir angin, eyra oh she not hiking w me pun pagi tu sebabnya dia sakit kaki jalan kaki ke long beach malam tu, hehe but it's okay. Yeah! after that we'all pegi sana berdua dalam 25 minit laa jugak hiking tak laa jauh tak laa dekat, so so jalan dia sama macam broga hill (if korang penah sampai) then, masa sampai tulaa spek minion jatuh dicelah tangga! what else tak ada rezeki and jodoh yang lama with my minion glasses. Snorkeling and then habis snorkeling around 530pm.

Day 3
-Malam hari kedua tu lepak laa tengok nightlife lagi, then masa pagi tu lepas subuh tido balik bangun sekejap mandi breakfast and packing barang naik boat ke darat. Sampai darat malam tu gerak shah alam :)!

Can't wait for the second island by this year.
Nina Isa

Tuesday, April 22, 2014

Penang Awesome Marka! Hihihi

Hehe.. petang dah! What else i can say is Alhamdulillah sebab dapat kakak ipar baru and I'm so happy my famili pun happy masa kat Kedah 18-19 April haritu so after wedding still tidoq kat homestay then pagi tu gerak Penang. Wahhhh bestnyaa bestnyaa tidoq kat Batu Feringghi bukak pintu je laut kos utk stay chalet tu RM120 per night, petang tu sempat laa main apentah lupa tapi rasa nak guguq anak weh kalau mengandung tu lah RM20 person, parasailing yang gayat tu pulak RM50 haihh sanggup tak sanggup jela,  makan pun best untuk set 6orang cuma RM75 flea market pun best even harga makk aiiihhh jenis nak harga tinggi sebab ramai orang luar kan. Hmmp malam tu cuci mata je jejalan lagipun macam gerimis. Hihi lepas tu esok gerak Ipoh sebab nak sangat makan nasi vanggey, then Damansara then Shah Alam.. krooohh letih hat kenduri minggu ni lagi lahh mak aiihh belah Shah Alam pulak orang Kedah nak maii..Nah beberapa koleksi gambaq masa kat sana fefeling :)


Malam masa dekat Batu Feringghi Flea Night Market


Lepas rasa nak guguq anak tengok sunset, dah rindu Terengganu masa ni.


Nak rasa freedom baru lepas kene tinggal dengan bekas kekasih. Hahahhks


Hahh hat ni nak rasa macam Redza Minhat, hmmp angkat tiak pun omeyy :P


Orang lain duk berlari pi kat keta, cheq takkkk...
cheq nak jugak Jason like selfie cheq.


Okay random picture here. Hihi this week wedding kat rumah belah laki (abang cheq) 
lah rumah cheq, kompom penat aihh.. Lepas tu next month cheq pi Pulau lain pulak. Hihihi.

#kuatnyakakihangkina

hihi kepakk kepak keboom kepakkk kepakk keboom


#takadaabangbujangdah #kedahbakang #hihihi 


hmmp beginilah anak perempuan sorang, harap akak ipaq ni sporting sama macam yang lain lain.

*abah, cheq nak kawin boleh dak?



Nina Isa