Tips sikit nahh!!
- Pastikan passport hidup yaa.
- Jangan lah banyak baju banyak sangat sebab nanti kesian bahu, hihi.
- Makanan banyak takpe etc maggi, biskut, roti, air mineral (untuk elak bosan and lapar semasa perjalanan & dekat hostel) jangan jadi mcm kina!! sampai hostel semua dah habis. hahahah
- Rancang perjalanan awal maksudnya kalau taknak beli or book awal hostel pun xpe atleast dah ada 2-3 options bila sampai sana baru decide which is better taww, kalau kina hentam je redah. Hahaha
- Duit! please keep your money elok elok okay! Budget kina only RM500 shj.
- Barang toilet if dekat pakdee semua disediakan, alaa bestnyaa. Hihi (tapi standby utk dlm train).
- Barang barang mesti simpan baik baik okay!! hehe enjoy your life yayy!!
Okay cerita dia masa 4, 5, 6, and 7 December 2014. Tanpa dirancang tapi cuma wishlist awal 2014 je mmg kina plan nak pergi BKK by train, jalan dipermudahkan olehNya. Okay kina pegi bertiga dengan kawan masa study dulu hehe happy sangat lah kan sebab semuanya perempuan gila tak gembira?
Okay here kina share jadual perjalanan kina dekat sana taww. Jangan tak percaya and if ada yang nak komen atau tanya apa apa jangan segan segan Insyallah dengan rasa senang hati kina balas yaa.
Kina biasanya akan buat notes dekat buku atau pun dekat s memo (dekat my samsung galaxy S3) ini yang dapat kina kongsi untuk yang plan nak ke bangkok by train. Ini kina share dekat twitter so biasanya akan share jugak dengan others backpakers lagi lagi yg macam kina yg 2014 is full of travel. This year 2015, kina nak kene fokus untuk lebihkan kerja. Heheh tapi tak boleh tahan jugak nak jugakk travel tuu mesti hehehe :)!
Harap dapat membantu bagi sesiapa yang nak cuba guna jalan darat, tapi pada kina pengalaman ni tidak akan dapat dilupakan sampai ke akhir hayat kina. Tapi, bagi yang perempuan tu mintak izin dengan ibu ayah sebelum nak cuba ke seberang by train taw. Bila dapat restu baru lah perjalanan tu rasa selesa je takde rasa serba salah. Hihi.
After this jika diizinkanNya kina nak pergi BKK lagi tapi by flight sebab kos dia sebenarnya lebih kurang and jimat masa, tapi macam yang kina cakap ini kan pengalaman your life is your journey my dear cubalah sesuatu. Alhamdulillah family kina tak pernah menghalang lagi lagi mak kina yang selalu kata kemana pun nak pergi pergilah sebab itu pengalaman asal kan bgtau emak & abah.
Ini masa dekat hatyai pagi baru sampai otw nak sarapan & beli tiket train dulu hokayyy!! hehe
Ini masa dekat depan Hatyai Railways Station.
Hahaha yang tak henti is "mana? Malaysia?" "mana? Malaysia?
Ini bilik tidur masa dekat BKK ! nama & contact number semua kina dah kasi kat itinerary tu. Hihi kina punya katil bawah tu hah 7-8 tu satu malam cuma RM50 (sebab baru bukak) tapi standard price RM 60 (satu malam) kina pilih hostel budget tak mahal.
Ini ruang tidur and jangan ceritalah best dia sebab aircond sejuk sangat and selesa jika nak dibandingkan dengan kipas. Masa balik kina amik train tu kipas bukan aircond panas and bising ya rabb!!
Excitednyaa nampak banyak pork fried hahaha dalam train :P
Lepas tu semua tak tahu tak faham apa kina cakap, amm k laa :(
Selamat pagi dari dalam train hehehe!! masa ni sejukkkk gilaaa :)
Yayayyyyy!! after sembang sembang nyanyi nyanyi entah hape mandi dalam train best tu finally!! sampaiii kat BKK!!
After sampai tu terus lah ke hostel and siap siap cantik cantik petang tu nak p tengok makanan sebab laparrrr!! Halal food ada, jangan risau okay! mesti kene try air limau dia and just delima fresh!! nyum..
Ini dekat Pakdee Backpackers Hostel punya hall, hehe curlasss and friendly taww!!
yang kiri tu Izyan Nany, yang tengah tu Zurain, yang kanan sekali tu yang nak tunang 8/2/2015 ni :P
Ok nak balik dahh masa ni, hehehe! :)
Okay next plan 5,6,7,8 March 2015 nak ke Sabah!! hehe apa khabar kaww!!