Salam Bulan December.
So, harini nak cerita pasal Fibroadenoma / Ketulan yang terdapat di dalam payudara. Sesetengah perempuan atau budak perempuan (remaja) biasanya akan AHHHH terkejut bila tiba tiba dia terasa ada ketulan / bonjolan yang ada pada payudara bila tak sengaja nak sentuh / periksa payudara dorang. So langkah awal ialah kene berjumpa dengan doktor di klinik untuk mendapatkan surat kemudian baru lah ke hospital, biasanya fibrodenoma akan terjadi pada mereka yang berumur dalam lingkungan 18-30 tahun.. So, jika anda ada keturunan mungkin boleh jadi sebab kadang kala fibrodenoma ini adalah hasil pembawakkan keluarga dan tidak bahaya.
Jangan risau, biasanya pembedahan ini adalah pembedahan kelas f dan tidak series. Ianya hanya mengambil masa kurang satu hari untuk pembedahan (kerana ianya pembedahan kecil). Tetapi anda perlu menjalani ultrasound dan lain-lain rawatan sebelum menjalani pembedahan seperti mengambil sedikit sel untuk dijadikan bahan ujikaji doktor bagi mengetahui sama ada ianya fibrodenoma atau bukan.
Cara untuk memeriksa fibrodenoma ialah semasa anda mandi ada perlu :-
- Angkat ketiak anda ke atas (tangan kanan) dan tangan kiri perlulah meramas dibahagian payudara anda pada keseluruhan payudara dan ulang langkah tersebut.
-Semasa mandi anda meramas kedua-dua payudara anda dengan menekan sedikit payudara.
Mungkin, fibrodenoma akan ada ketulan kecil kemudian akan membesar sebesar sebiji guli, namun jangan kuatir jika anda segera berjumpa doktor Insyallah ianya hanya mengambil masa 2 bulan untuk segala rawatan kemudian anda boleh buat pembedahan. Tetapi selepas pembedahan anda dinasihatkan untuk memeriksa semula kerana ada kemungkinan fibrodenoma boleh tumbuh semula.
"Ketulan ini adalah bukan sejenis penyakit tetapi tumor payudara yang tidak berbahaya hasil daripada kelenjar dan gentian tisu payudara. Fibroadenomas selalu terjadi kepada wanita yang berumur bawah 30 tahun. Fibroadenomas boleh bergerak di mana sahaja pada payudara anda dan hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor dan ujian ultrasound."
place : office
time : 5: 38 pm
idea : fibrodenoma tak bahaya laaaa
time : 5: 38 pm
idea : fibrodenoma tak bahaya laaaa
No comments:
Post a Comment