Pages

Wednesday, December 4, 2013

Hari Ini Hari Indah

Hari ini hari indah
yang biasa aku ungkap satu satu
dan akan menjadi beribu ribu
biar satu dunia tahu kegembiraan harus dikongsi
biar satu dunia rasa apa yang terjadi adalah memori

mungkin cerita kita berbeza
aku rasa berduka sangat orang lain bahagia
aku rasa bahagia saat orang lain berduka
yang pasti jika kita terlalu bahagia
jangan kita alpa dan lupa pada
masa berduka kerana apa kelak berduka itu
duka yang sukar untuk mencari kebahagiaan kerana
tawar...

hari ini hari gembira bila terbit sang suria
ibu orang pertama yang senyum pada pandangan wajahku
setiap hari setiap pagi tangan kucup pipi bertemu pipi ku hela
pada dia seorang yang bergelar ibu yang banyak membantu

tiada apa yang dipuji selain, cantik hari ini
seperti biasa akan ku balas dengan ciuman bertalu talu
aku kadang terfikir jika satu hari aku kehilangan dia
seorang perempuan yang aku sayang kerana aku tiada
perempuan lain yang setia dalam segala hal

oh tuhan buktikan padanya aku sentiasa merindukan dia
begitu juga ayah yang tak pernah ada rasa jemu mengusik
aku dalam segala hal... itu cerita indah tentang keluarga

ditambah pula dalam hati aku punya sesuatu yang
sukar untuk diungkap rasa sayang kasih seorang sahabat
yang teristimewa yang sentiasa ada walaupun segalanya masih baru
aku kuatkan hati untuk terus mengenali dengan ikhlas hati

buat engkau selamat hari lahir salam jauh
tiada bunga tiada teddy bear tiada cake
yang menyambutmu tetapi kamu punya aku
dalam segala hal setiap hari untuk kau luah sesuatu dan
aku.....

aku sering menunggu dan tetap menanti
walaupun bukan engkau satu hari nanti
aku sabar kerana aku masih belajar ertinya

buat sahabat yang sabar
selamat hari lahir.......



place : office
time : 11:51 am
idea : gembira

Nina Isa

No comments:

Post a Comment