Monday, April 7, 2014

When Woman Down


Assalamualaikum, entry harini pasal bila perempuan down.. bila? sebab perempuan ni lain sikit perangai dia lepas tu pelik banyak kadang the simple thing pun perempuan think too much.. tapi kuat balik lepas tu down balik lepas tu ulang benda sama..

Well nak dijadikan entry punya pasal...
Ambil laa satu kisah yang jadi di sekeliling kita mungkin ada beberapa kisah yang aku jadikan pengalaman jugak untuk aku bila satu hari nanti jadi dekat aku and aku rasa aku dah tahu nak handle masa tu.. tapi benda belum jadi kita cakap jela mudah and lapangkan diri sendiri.

Sebab kadang-kadang...

Perempuan dengan perempuan : Bayangkan bila nak kawan perempuan dengan perempuan ni leceh sebenarnya kene jaga hati itu paling penting.. tapi tak semua cuma bagi sesetengah perempuan dan perempuan ni dia punya cara berkawan lain sikit contoh si A dia ada ramai kawan kawan perempuan lain.. tapi si B ni asyik nak dengan si A je buat si A ni rimas and rasa down, feel like... "Weh, kau hingat aku ni takde kawan lain ke? Aku sayang friendship kita tapi respect and understand each other laa..kau kemana atleast bgtau and aku tahu okay laa aku taknak good friend jadi bad friend." hmmp sebenarnya dalam hati je si A tu cakap, and tak berani nak confess sbb nak jaga hati si B.. sebab bila down ke stress ke si B mesti ada tapi itulahh... hmmp ada jugak perempuan ni jenis dia sibuk nak tahu semua benda diantara perempuan dan perempuan sebab aku perempuan aku tahu laa.. sebab perempuan ni kan special. Huhhh *mengeluh* lepas tu dalam bilik nangis Y_Y esok okay balik ulang perkara sama sampai "Friendship Till Jannah - Respect Each Other and Make It Perfect" :)

Perempuan dengan lelaki : Bila dah rapat tu hari hari lah contact then mustahil lah tak de rasa sayang, tapi perempuan ni bodoh kadang-kadang yang kejarkan dia tak nampak and dia nampak yang lain yang dia tengah kejarkan tu, hoiii tak penat ke nak berlari tapi itu yang perempuan nak. Hmpp lelaki ni kadang sula main-main tapi kalau aku, aku rasa macam.. Ahh, pegi lantak lah kau nak kawan-kawan kau nak series nanti dulu lah, bukan aku beriya tapi kadang-kadang tak salah nak berusaha nak kan orang tu kalau dah effort aku tunjuk so orang tu macam ye tak ye, so ego aku tinggi. Hahah buat diam jela, nanti baru nak terkejar ke macam mana? Kadang kadang ada stress nya, tapi for long friendship is better lah jangan close sangat takut sakit hati hoi lepas tu honest lah and jadi diri sendiri, kalau kau suka jerit-jerit, kau jerit je dari situ kau tahu dia ni okay ke tak kawan dengan kau. Hehehe (tak ada kene mengena)

Perempuan dengan kerja : Okay, here based on my situation sekarang aku keje kan? Hahaha rasa macam relaks je keje aku ni duduk ofis tapi, tuhan je yang tahu. Senang cerita semua kerja atas aku, memang lah jadi PA bos tu nampak indah tapi tak seindah bunga-bunga yang kadang ada yang gugur. Bila stress keje bebel, you need is berkat dalam keje, keje kene ikhlas, mengeluh tu biasa tapi sampai satu tahap kau jadi bosan dah tak tentu arah sebab semua benda kau kene buat dari admin, hr, production, meet client and etc. Macam aku balik kadang lewat sampai malam, ada one time tu sampai bos aku pelik dengan aku siap macam mengadu semua and the last word she said is "nak nina keje kat sini sampai bila-bila". Oh aku satu ini lah padah when you close with your boss, nak demand gaji rasa kesian, nak mintak orang baru rasa macam keje tak banyak, nak mintak cuti takut bos terkontang kanting. Hishh, macam macam nye fikir dalam this week aku menangis je fikir future aku.

Aku cuma tahu jalan Allah itu indah, semoga apa yang jadi kat aku adalah kekuatan untuk aku.
Nina Isa

No comments:

Post a Comment